[̲̅ə̲̅٨٥̅٦̲̲̲̅̅]♥ℒℴѵℯ♥'[̲̅ə̲̅٨٥̅٦̲̲̲̅̅]

Talk all u want..It's just jealousy..my name must taste good,it's always in someone's mouth.."Cause like u said,This is it.This is life.And i'm in love wif u...I think that d only thing i've ever really been sure of in my entre life.And i'm really messed up right now,And i got a whole lot, of stuff i hav to work out, But i don't want to waste any more of my life without u in it. and i think i can do dis.I mean, I want to.I hav to. right?

Monday, May 16, 2011

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara:

1)seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

2)dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.

3)pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati.
Bagaimanapun diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

4) menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.

5)menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

6)kedua-dua kaki dipelihara dan sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah s.w.t.. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

7)ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah s.w.t  serta takut kepada sifat-sifat riak dan munafik.